Teacher Burnout
Below is one of our free research papers on Teacher Burnout. If the term paper below is not exactly what you're looking for, you can search our essay database for other topics or order a custom essay.
Teacher Burnout
Rabu, 13 Januari 1999
'Hilang semangat' Ramai guru letak jawatan
TERDAPAT aliran mendadak guru berhenti awal sejak 1993, disebabkan faktor 'hilang semangat bekerja' (burnout); akibat tekanan kerja, bebanan waktu mengajar - lebih 30 waktu seminggu - dan keletihan perkhidmatan.
Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti K~bangsan Malaysia (UKM), ZubaidahAman, di enam buah sekolah di Selangor mendapati 41.5 perartus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu.
Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu bersara awal.
Dapatan beliau juga menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru.mengalami tahap keletihan yang tinggi.
Dua penyelidik Fakulti Pendidikan UKM, Prof. Madya Dr. Faridah dan Dr. Zubaidah sendiri, ketika membentangkan kerta kerja Implikasi.Burnout Di Kalangan Guru Terhadap Sistem Pendidikan barubaru ini, mengakui implikasi burnout di kalangan guru terhadap sistem pendidikan adalah serius.
Berdasarkan kajian awal oleh para sarjana Barat seperti Maslach dan Pines, sindrom burnout mempunyai tiga dimensi iaitu:
• Keletihan emosi - dijelaskan dengan perasaan kelesuan dan kehabisan tenaga.
• Depersonalisasi - Ia dijelaskan seperti sikap emosional dan melayakkan pelajar (klien) seolaholah mereka (para pelajar) sebagai objek yang tidak berguna, serta melabel pelajar dengan istilah-istilah tertentu atau technical jargon.
• Kekurangan pencapaian peribadi.
Menurut kajian sarjana di Barat, burnout akan hanya dialami oleh pekerja-pekerja yang bermotivasi tinggi, berdedikasi, kuat bekerja dan komited.
Prosesnya bermula apabila sikap dan tingkah laku golongan profesional berubah kepada negatif disebabkan oleh ketegangan dan tekanan kerja yang tinggi.
Menurut kedua-dua penyelidik itu, terdapat segolangan guru yang mengucapkan "selamat tinggal" kepada profesion perguruan dan menceburkan...
- Submitted by: amykimi
- Date Submitted: 10/10/2009 05:42 AM
- Category: History Other
- Words: 555
- Pages: 3
- Views: 32
- Rank: 52877